Saturday 16 November 2013

Pengenalan tentang blog My Own Biz dan siapa saya

Blog My Biz Sophie ini dicipta khas untuk berkongsi informasi tentang perniagaan Sophie dan untuk mempromosi produk-produk Sophie. Bukan sahaja produk Sophie malah produk-produk lain selain Sophie juga turut saya kongsikan di blog ini. 

Tentang saya
Saya adalah seorang suri rumah dan sangat meminati dunia perniagaan. Saya lebih senang dan selesa menjadi seorang self employed berbanding bekerja dengan orang lain kerana dengan membuat bisnes sendiri, saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Sebelum ini saya hanya aktif mempromosi bisnes saya di Facebook sahaja, korang boleh LIKE fanpage di D.Decker Sophie ini untuk menyokong.


Tentang Sophie
Sophie adalah syarikat perniagaan yang diasaskan oleh usahawan Perancis, Bruno Hasson pada tahun 1995 di Jakarta. Di Malaysia, syarikat ini dikenali sebagai Sophie Paris dan dilancarkan pada bulan Januari 2012. Syarikat ini terkenal sebagai syarikat fesyen yang menjual pelbagai produk berkualiti tinggi seperti pakaian, beg, dompet, jam, dan sebagainya. 

Peluang buat bisnes bersama Sophie
Selepas 5 bulan bersama dengan Sophie Paris Malaysia, saya bersyukur dengan pulangan yang telah saya perolehi hasil daripada menjalankan bisnes berasaskan produk Sophie ini walaupun masih baru. Disebabkan saya sangat meminati fesyen, maka bisnes ini sangat sesuai untuk saya. Saya hanya mempromosi barangan Sophie dengan kawan-kawan dan rakan Facebook saja. 

Jika anda nak berminat untuk memulakan bisnes sendiri bersama dengan Sophie Paris, anda boleh berdaftar sebagai ahli Sophie Paris di laman web Sophie Paris Club sekarang. Yuran keahlian hanya RM15 bagi Semenanung Malaysia dan RM16.50 bagi Sabah Sarawak. Apabila anda menjadi ahli, anda secara automatik boleh memulakan peniagaan bersama Sophie. Sebagai ahli, anda boleh memiliki apa-apa produk Shopie dengan 20% diskaun. Jika anda jual produk itu,maka 20 % adalah keuntungan anda. Selain keuntungan 20% ini, anda juga berpeluang mendapat bonus yang tinggi jika anda aktif menaja. Anda boleh baca selebihnya tentang peluang bisnes Sophie ini di laman web mereka.

Fara Fauzana @ fafau adalah duta Sophie Paris